TV Alhijrah Meriahkan MAHA 2016 Secara Langsung

by Oh! Semput


8
SHARES
106
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 02:01:18

Sebagai meraikan festival hasil tani tertua di negara ini, TV Alhijrah akan bersiaran langsung selama empat jam sehari dari tapak festival MAHA di Maeps, Serdang bermula hari ini hingga 11 Disember nanti.

Untuk pertama kali penonton di seluruh negara akan dapat mengikuti pelbagai program khusus mengenai kemeriahan MAHA yang mula dianjurkan sejak 1923.

Program bual bicara Assalamualaikum akan memulakan siaran setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari dengan memaparkan pelbagai maklumat dan aktiviti di tapak MAHA dengan fokus utama mempromosi 1500 hasil keusahawan pelbagai sektor industri asas tani dengan tema Our Food Our Future.

whatsapp-image-2016-12-01-at-9-34-01-am

Siaran langsung diteruskan lagi pada 12 tengahari hingga 1 petang melalui program promosi produk keusahawan bumiputera Bfrenz. Dijangka hampir 100 produk kompetitif bumiputera dari seluruh negara akan mendapat ruang publisiti melalui enam segmen Assalamualaikum dan enam segmen program BFrenz.

MAHA kali ini dijangka bakal dikunjungi 1.5 juta pengungjung. Kehadiran TV Alhijrah bersiaran langsung diteruskan melalui laporan lintas langsung ketika Berita TV Alhijrah pada pukul 8 malam. Semua ini bagi memboleh lebih 7 juta isi rumah menonton secara lebih dekat pelbagai aktiviti MAHA yang turun dimeriahkan dengan persembahan muzikal Rhytm From The Farmers.

Menurut Penerbit BFrenz, Mahyuddin Musa, kehadiran TV Alhijrah bakal mengubah persepsi terhadap MAHA dengan promosi tahun ini khusus untuk mengangkat tema pertanian sebagai kerjaya profesional yang mewakili gaya hidup kerjaya kontemporari.

“Pertanian kontemporari bukan lagi berkonsepkan tradisi lapuk, ia kini gaya hidup hipster yang kompetitif dalam konteks pendapatan peribadi dan sumbangan kepada KDNK negara,” katanya.

Lebih 80 kru Al Hijrah berada di tapak MAHA sebagai usaha mengangkat martabat festival pertanian yang dianggap antara yang tertua sejarahnya di rantau ini. – mynewshub.cc

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts