by Oh! Semput
Baru sahaja Alibaba Cloud melancarkan Model AI Mercu terbaru mereka iaitu Qwen4-Max awal minggu ini, hari ini di acara Qwen Conference Malaysia mereka mengumumkan pertandingan Kita Bersama AI dengan kerjasama MyDIGITAL Corporation bagi memacu penggunaan AI di kalangan rakyat tempatan.

Pertandingan Kita Bersama AI ini menyasarkan sehingga 100,000 penyertaan dengan dua kategori dirancang. Kategori pertama menyasarkan pembinaan aplikasi atau produk berasaskan AI yang memfokuskan produktiviti. Peserta boleh mencipta ejen AI menggunakan platform MuleRun yang boleh menyelesaikan masalah seharian dan juga urusan syarikat. Kategori kedua pula bakal mencabar kreativiti peserta meneruso penghasilan karya kreatif yang dijana AI menggunakan WonderClip, iaitu platform janaan video dari Alibaba Cloud.

Untuk menjayakan penyertaan kedua-dua kategori ini, Alibaba Cloud turut memyediakan pembelajaran dan juga latihan untuk menggunakan AI. Ini sekaligus dapat melestarikan penggunaan AI di kalangan peserta sekaligus membenihkan inovasi.
Pertandingan Kita Bersama AI ini berlangsung bermula 19 November 2026 sehingga 18 Januari 2027. Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan selama dua bulan ini, layari laman rasmi Kita Bersama AI.