by Oh! Semput
Siapa yang terlepas Coffee in the Clouds edisi kali ini, jujur cakap anda memang rugi sangat-sangat!

Tahun ini punya vibe memang happening habis, lagi-lagi masa konsert pada bahagian malam. Bayangkan Imsoniack, Yonnyboii dan Ismail Izzani semua berkongsi satu pentas. Fuhh, memang healing habis!
Bukan itu saja, semestinya banyak vendor makanan dan minuman yang melengkapi acara ini tau.
Tapi selain kopi, makanan dan konsert, kehadiran barisan rakan kongsi dan penaja utama turut menjadikan Coffee in the Clouds 2026 ini jauh lebih meriah daripada biasa. Jom kita tengok antara tarikan yang mencuri tumpuan tempoh hari!
Apa yang membuatkan Coffee in the Clouds 2026 terasa cukup eksklusif adalah gabungan elemen gaya hidup yang jarang-jarang dapat disaksikan dalam satu acara kopi.
Di ruang The Plaza, kehadiran Rakan Kongsi Rasmi Automotif, Mercedes-Benz, ternyata menjadi magnet buat para pengunjung tau.
Ramai yang tak melepaskan peluang untuk melihat sendiri kehalusan reka bentuk barisan model kereta mewah Mercedes-Benz dari jarak dekat, malah turut merasai pengalaman pandu uji dalam suasana nyaman tanah tinggi.
Haa, bila dah berada di lokasi yang estetik ni, mestilah ramai yang nak tangkap gambar kenangan terbaik kan?
Menyahut keperluan itu, OPPO selaku Rakan Kongsi Telefon Pintar membawakan jurugambar profesional, Abedeen, untuk mengendalikan Kelas Induk Fotografi True Portrait yang berkongsi tips menghasilkan gambar potret yang memukau.
Paling best, pengunjung juga dimanjakan dengan servis penukaran pelindung skrin telefon secara percuma, di samping peluang memenangi hadiah eksklusif OPPO serta pakej percutian 3 hari 2 malam menerusi cabaran OPPO Snap & Win.
Apalah namanya festival kalau tak ada makanan betul tak? Untuk acara kali ini, Rakan Kongsi Rasmi Roti & Makanan, Gardenia telah mencuri perhatian ramai dengan pelbagai pengisian menarik di tapak acara.

Di kawasan The Great Lawn, trak sarapan Gardenia menjadi tumpuan apabila menghidangkan dua pilihan sandwic segar Gardenia Gourmet Selections iaitu Peanut Butter Banana Toast dan Tuna Cheese Toast secara percuma buat para pengunjung tau. Memang sedap guys!

Selain itu, pengunjung yang menyertai aktiviti mengumpul cop turut berpeluang membawa pulang cenderahati yang berisi roti Gardenia bersama satu produk sedia dimakan.
Haa, paling mencuri hati apabila anak-anak kecil juga berpeluang untuk bermain di bouncy castle di tapak acara, menjadikan suasana lebih meriah tau.

Di sebalik suasana santai di awan, Coffee in the Clouds 2026 turut mengangkat martabat seni pembuatan kopi menerusi penganjuran World Young Barista Championship (WYBC) yang dibawakan bersama Asia Specialty Coffee Association (ASCA).

Kehebatan setiap cawan kopi yang dipersembahkan dan dinikmati sepanjang acara turut diperkukuh dengan sokongan bahan berkualiti di belakang tabir termasuk bekalan santan dan air kelapa daripada COSIP untuk semua reruai minuman serta sistem penapisan air bersih oleh Panaxy Filtration.
Kemeriahan dan kelancaran Coffee in the Clouds 2026 pastinya tak akan tercapai tanpa kerjasama erat daripada semua pihak yang terlibat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang membawakan acara ini iaitu Resorts World Genting dan Resorts World Awana, pihak penganjur iMedia Asia dan KiS Coffee Co., serta Barista Guild Asia selaku badan penyokong.
Penghargaan turut ditujukan kepada barisan rakan kongsi dan penaja utama acara iaitu Gardenia sebagai Rakan Kongsi Rasmi Roti & Makanan, Mercedes-Benz sebagai Rakan Kongsi Rasmi Automotif, OPPO sebagai Rakan Kongsi Telefon Pintar, COSIP sebagai Penaja Santan dan Panaxy Filtration sebagai Penaja Air Bertapis.
Tak dilupakan juga barisan penaja pertandingan kopi yang terdiri daripada Iberital selaku Penaja Rasmi Mesin Kopi, KAITEUR selaku Penaja Rasmi Pengisar Kopi, Fabbri 1905 selaku Penaja Rasmi Sirap, Marigold Selection selaku Penaja Tenusu, MILKLAB selaku Penaja Susu Alternatif dan COSIP.
Dengan gabungan kopi berkualiti, makanan yang sedap, pameran kereta mewah dan aktiviti keluarga dalam satu hujung minggu, Coffee in the Clouds 2026 betul-betul menetapkan tanda aras baru bagi acara gaya hidup di Malaysia.
Buat yang terlepas kali ini, pastikan edisi akan datang wajib ada dalam kalendar percutian hujung minggu okay!
Definisi Sebenar Weekend Getaway! Coffee in the Clouds 2026 Satukan Kopi, Muzik & Gaya Hidup Dalam Satu Lokasi! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.