Aliff Aziz Teruja Isteri Hamil Anak Pertama

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 21 Feb 2017 11:00:48

aliff aziz
Cover image via Rotikaya

Tahniah diucapkan kepada pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi apabila Bella disahkan hamil anak pertama mereka. Masih terkejut dengan berita terbabit, Aliff memaklumkan kini usia kehamilan anak sulungnya itu sudah memasuki 16 minggu.

“Kami tidak merancang bila masa sesuai untuk mendapatkan anak dan berita kehamilan ini memang satu kejutan. Alhamdulillah kami bersyukur dan gembira kerana cahaya mata ini akan menguatkan lagi kasih sayang di antara kami selain anak adalah pembawa rezeki”

“Selain daripada alahan, pada awal kehamilannya Bella agak sensitif sikit mungkin kerana masih ingin membiasakan diri kerana ia adalah pengalaman pertamanya. Alhamdulillah kini keadaannya lebih baik dan morning sickness pun sudah tiada lagi,” katanya.

Mendirikan rumah tangga pada awal September tahun lalu, pasangan ini akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama yang dijangka lahir pada bulan Julai depan. Semoga dengan kelahiran bayi pertama ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga Aliff dan Bella. Semoga segalanya dipermudahkan hingga ke proses bersalin.

Baca lagi: Penyatuan Dua Hati Aliff Aziz, Bella Astillah

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts