AMANAH Yakin Tawan Kelantan, Terengganu

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 03:00:49

kelantanFoto oleh FMT

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin dapat merampas Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan apabila mereka membuat keputusan untuk menukar undi, perkara itu akan dilakukan secara beramai-ramai.

“Kalau Amanah tak bertanding, UMNO akan lawan parti lama (PAS), Barisan Nasional (BN) ada harapan cerah menang di Kelantan. Tapi bila Amanah bertanding, maka Amanah lah pilihan rakyat.

“Tambah pulak Datuk Husam dok rodak tiap-tiap malam, out you go la mereka yang gelar kita dengan berbagai nama,” katanya ketika menyampaikan ucapan pergulungan di Konvensyen Amanah Kebangsaan pertama di Shah Alam pada Ahad.

konvensyen_amanah_mohamad_sabu

Selain Kelantan, Mohamad berkata Amanah yakin dapat menawan Terengganu kerana pengundi di negeri itu akan turut meninggalkan PAS kerana parti itu terlalu rapat dengan BN.

“Terengganu lah paling subur untuk Amanah,” katanya.

Mohamad juga berkata bersama-sama dengan Pakatan Harapan, parti itu akan menetapkan tempat mereka di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu Mohamad dalam ucapan penutup beliau, juga berkata PAS tidak harus cuba untuk meletakkan dirinya sebagai ‘kingmaker’ dalam pilihan raya.

“Kingmaker ni target dia menang 20 kerusi.

“Kalau mereka bersama dengan Pakatan Harapan, HARAPAN memerintah, kalau bersama BN, BN memerintah. Orang yang jual diri macam ni biasanya orang panggil apa, ha, dot dot dot dot.

“Saya bukan Donald Trump nak sebut perkataan begitu,” katanya merujuk presiden Amerika Syarikat yang gemar mengeluarkan perkataan kesat.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts