“Dah Bagi Amaran Tapi Dia Tak Dengar” – Datuk Yusof Haslam Kesal Pelakon Drama Gerak Khas 2.0 Ditangkap

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 07 Jul 2026 13:32:37

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengesahkan beliau sudah sedia maklum mengenai penahanan seorang pelakon wanita drama Gerak Khas 2.0 yang didakwa terlibat dalam kes dadah.

Menurut Yusof, beliau sebelum ini sudah dua kali memberi amaran kepada pelakon terbabit supaya menjaga tingkah laku dan tidak melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan imej drama kepolisan tersebut.

Advertisement

“Saya sudah beri amaran, jangan ‘expose’ diri, pergi kelab dan sebagainya kerana dia berlakon watak polis.”

Yusof berkata, beliau tidak menghalang kehidupan peribadi pelakon berkenaan, namun menasihatkan agar lebih berpada-pada kerana membawa watak sebagai anggota polis dalam drama tersebut.

“Saya menasihatkan dia, jika hendak pergi kelab malam, karaoke dan sebagainya itu hak dia, tetapi berpada-pada kerana dia terlibat Gerak Khas 2.0.

“Saya tahu pergi karaoke itu memang rutin dia, namun kurang-kurangkan kerana dia membawa watak seorang polis.

Pelakon Wanita ‘Drama Kepolisan’ Ditahan Positif Dadah

“Apa pun amaran itu tidak diendahkan dan akhirnya membinasakan.

“Saya amat menjaga imej Gerak Khas dan tak mahu ianya tercalar. Bukanlah kita ini sempurna tapi sekurang-kurangnya saya tak mahu imej polis itu tercemar,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan dilaporkan ditahan selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Pelakon wanita itu ditahan bersama 17 individu lain dalam serbuan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. – UTUSAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-07-07 20:49:48

Pelakon Wanita 'Drama Kepolisan' Ditahan Positif Dadah

“Dah Bagi Amaran Tapi Dia Tak Dengar” – Datuk Yusof Haslam Kesal Pelakon Drama Gerak Khas 2.0 Ditangkap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts