ByteDance Dilihat Mengurangkan Sejumlah Pekerja Di Asia Tenggara, Termasuk Malaysia

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 05 Jul 2026 17:03:57

Pelbagai syarikat teknologi dilihat melakukan pengoptimasian operasi dari bulan ke bulan, dan semakin kerap dalam mengurangkan tenaga kerja mereka dari hari ke hari. Terbaru, ByteDance yang mengoperasikan TikTok dilihat telah mengurangkan sejumlah pekerja mereka di rantau Asia Tenggara.

Mengikut pemerhatian dan laporan, pekerja yang terjejas adalah dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Bilangan penuh pekerja yang terjejas tidak diketahui buat masa ini.

Selain rantau Asia Tenggara, ByteDance dilaporkan turut sedang pertimbang untuk mengurangkan ratusan pekerja yang berpusat di Eropah.

Sebelum ini, beberapa syarikat telah mula mengurangkan tenaga kerja dengan mula menggunakan kecerdasan buatan untuk ganti sejumlah operasi. Ia tidak diketahui sama ada penghentian pekerja yang dilakukan sejak 1 Julai 2026 oleh ByteDance ini disebabkan hal berkenaan, atau disebabkan untuk mengoptimasikan tenaga kerja mereka lagi, atau disebabkan perkara lain.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts