Amazon Bakal Ambil Alih Globalstar – Perkhidmatan Satelit Apple Akan Disokong Amazon Leo

by Oh! Semput


11
SHARES
137
VIEWS
Posted on 14 Apr 2026 14:30:21

Amazon hari ini mengumumkan perjanjian penggabungan muktamad untuk mengambil alih syarikat satelit Globalstar, sebagai langkah bagi membolehkan perkhidmatan Amazon Leo menawarkan sambungan terus ke peranti pengguna.

Melalui pengambilalihan ini, Amazon akan memperoleh akses kepada satelit Globalstar, spektrum frekuensi radio serta kepakaran operasinya. Gabungan ini juga membolehkan Amazon Leo memperkenalkan perkhidmatan Direct-to-Device (D2D) dalam rangkaian satelit orbit rendah (LEO) serta memperluas liputan selular kepada pengguna di luar jangkauan rangkaian terestrial.

Amazon is acquiring @Globalstar to support our long-term vision for Amazon Leo.

The agreement will allow us to build a next-generation direct-to-device constellation that connects to Leo first- and second-generation systems, forming a unified network to connect hundreds of… pic.twitter.com/uzba7V9RSa

— Amazon Leo (@Amazonleo) April 14, 2026

Dalam masa sama, Amazon turut mengumumkan perjanjian jangka panjang dengan Apple bagi menyokong perkhidmatan satelit untuk iPhone dan Apple Watch. Antaranya termasuk ciri SOS Kecemasan, penghantaran mesej, Find My serta bantuan tepi jalan melalui satelit.

Amazon memaklumkan ia akan terus menyokong model iPhone dan Apple Watch sedia ada yang menggunakan buruj satelit Globalstar, termasuk rangkaian semasa dan yang bakal dilancarkan. Syarikat itu juga akan bekerjasama dengan Apple untuk membangunkan perkhidmatan satelit masa hadapan berasaskan rangkaian Amazon Leo yang diperluas.

Nilai pengambilalihan tidak didedahkan secara rasmi, namun laporan Reuters menyebut ia dianggarkan sekitar AS$11.57 bilion. Perjanjian ini dijangka dimuktamadkan pada 2027, tertakluk kepada kelulusan pengawal selia serta pencapaian beberapa sasaran operasi oleh Globalstar.

{suggest}

Amazon Bakal Ambil Alih Globalstar – Perkhidmatan Satelit Apple Akan Disokong Amazon Leo WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts