[Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 15 May 2017 04:00:42


Ketika kerajaan kini komited mempromosikan program Ekspresi Negaraku bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dan mengetepikan perbezaan dalam kalangan rakyat Malaysia, lain pula yang berlaku kepada sekumpulan penari kebudayaan dari Sarawak.

Kumpulan penari berkenaan didakwa dihalau oleh pihak pengurusan Suria KLCC hanya kerana mereka memakai pakaian traditional Sarawak ketika mahu merakam gambar di kawawan sekitar Taman KLCC, baru-baru ini, lapor .

Insiden diskriminasi itu dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Abam Supir, dipercayai seorang pemandu teksi yang bertanggungjawab membawa kumpulan penari kebudayaan itu untuk mengunjungi lokasi ikonik itu.

Dakwa Abam Supir, kumpulan penari itu yang datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai pertandingan tarian yang diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur dilarang bergambar di taman berkenaan oleh pengurusan Suria KLCC dengan alasan tidak memakai pakaian yang sesuai.

"Mereka dihalau, seolah-olah memakai pakaian kebudayaan tersebut satu kesalahan. Bila ada pelancong yang mahu bergambar dengan mereka juga tidak dibenar.

“Yang lebih menguris perasaan apabila pihak berkenaan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya, ‘nak amek (ambil) gambar sini, pergi balik hotel tukar baju dulu...’,” demikian menurut Abam Supir dalam kemaskini di laman Facebooknya, seperti dilapor portal tersebut.

Berang dengan sikap biadab pihak terbabit, Abam Supir mempersoalkan ‘garis panduan’ yang ditetapkan pihak pengurusan Suria KLCC kepada orang awam sekiranya mahu bergambar di kawasan tersebut.

“Apa kebodohan garis panduan pengurusan yang diguna pakai pun tak tahu. Mereka cuma singgah bergambar di taman (dan) kolam sahaja. Diulang hanya bergambar di taman atau di kolam sahaja, bukan nak buat persembahan. Bukan ambil gambar di dalam bangunan Petronas pun tetapi dihalau seperti kucing kurap…,” luahnya kesal.

Namun, semakan Malaysian Digest di laman Facebook Abam Supir mendapati status tersebut telah dipadam.


Walau bagaimanapun, beberapa blog turut berkongsi status tersebut dan memuat naik gambar menunjukkan kumpulan menari itu lengkap memakai pakaian tradisional Sarawak.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak pengurusan Suria KLCC.

: Malaysian Digest

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts