Mungkin Tak Jadi Kahwin Dengan Bella Astillah? Ini Respon Syed Saddiq – “Sukar Untuk Saya Komen…”

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 26 Jun 2026 03:02:57

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah selagi keputusan rayuan akhir kes membabitkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) belum diumumkan.

Mengulas perkara itu, Syed Saddiq, 33, berkata orang ramai boleh mengajukan semula persoalan berkenaan selepas keputusan rayuan yang dijadualkan pada 30 Jun nanti.

Advertisement

“Soal jadi kahwin atau tidak, nanti boleh tanya semula pada 30 Jun.”

Katanya, selepas hampir enam tahun berdepan proses perbicaraan di mahkamah, beliau tetap yakin berada di pihak yang benar dan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Allah SWT.

“Sukar untuk saya komen tentang situasi A atau B yang akan berlaku. Lebih baik kita tunggu keputusan nanti.”

“Tetapi yakinlah dan letaklah kepercayaan dengan Allah SWT. Jika kita yakin kita di pihak yang benar, insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui pada majlis solat hajat dan doa selamat di Madrasatul Hajjah Zubaidah, hari ini.

Mengulas mengenai perasaannya menjelang keputusan rayuan yang berbaki beberapa hari lagi, Syed Saddiq berkata dia berada dalam keadaan tenang kerana percaya kepada prinsip yang dipegang sepanjang menghadapi kes tersebut.

“Saya tenang kerana saya yakin saya berada di pihak yang betul. Kes ini dah nak masuk tahun ketujuh. Saya tidak pernah menangguhkan kes ini. Tidak pernah mohon kes ini digugurkan. Tidak pernah merayu menggunakan saluran politik walaupun boleh.”

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa Bella Astillah tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana komitmen kerja, namun tetap menghargai sokongan yang diberikan oleh penyanyi dan anak-anaknya sepanjang tempoh sukar yang dilaluinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aslambul
2026-06-25 12:50:53

"Tidak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang" - Hantaran Aslam Jadi Tumpuan Warga Maya

Mungkin Tak Jadi Kahwin Dengan Bella Astillah? Ini Respon Syed Saddiq – “Sukar Untuk Saya Komen…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts