by Oh! Semput
Pelakon dan pengacara Amelia Henderson sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila penampilannya di sebuah acara jenama mewah baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Menerusi video yang tular, Amelia dilihat tampil anggun mengenakan gaun berwarna hitam dengan rekaan moden dan material jarang yang memperlihatkan bahagian pusat.
Penampilan selebriti berusia 30 tahun itu bagaimanapun mengundang perbincangan dalam kalangan netizen apabila ramai berpendapat pakaian tersebut agak terdedah dan berani.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menegur gaya pemakaian Amelia yang disifatkan semakin ‘daring’ berbanding sebelum ini.

Malah, ada juga yang berpendapat penampilannya kurang sesuai dengan norma masyarakat tempatan walaupun ramai turut memuji keyakinan dan penampilan elegan yang ditampilkan pada acara berkenaan.
Ini bukan kali pertama Amelia menjadi perhatian berhubung penampilan dan imej dirinya. Sebelum ini, pelakon drama Kisah Cinta Rumi itu pernah beberapa kali mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen susulan gaya fesyen yang dianggap berani serta beberapa kontroversi melibatkan kehidupan peribadinya yang menjadi topik perbualan di media sosial.
Bagaimanapun, sehingga kini Amelia tidak memberikan sebarang respon terhadap komen-komen yang ditinggalkan netizen berhubung penampilannya di acara tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Amelia Henderson Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Busana Nampak Pusat Buat Peminat Meradang – “Kurang Akhlak Punya Pakaian” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.