Anak2 jalin cinta, Nourul Depp dan Maria Farida bakal berbesan

by Oh! Semput


118
SHARES
1540
VIEWS
Posted on 15 May 2022 00:00:41

Pelakon senior, Datin Sri Maria Farida nampaknya tak lama lagi bakal berbesan dengan penyanyi terkenal, Nourul Depp apabila anak-anak mereka dikatakan sedang menjalin cinta.

Hal tersebut dikongsikan sendiri Nourul Depp apabila mengucapkan selamat hari lahir buat anak lelaki Maria iaitu Mizan Ashley yang menginjak usia 25 tahun.

Dalam posting tersebut, penyanyi yang kini berhijrah ke Bali, Indonesia itu telah memuat naik sekali gambar Mizan bersama anak sulungnya iaitu Ayu Nazirah hasil perkongsian hidup dengan bekas suami yang juga komposer terkenal, Ajai.

alt

Dalam posting tersebut, Nourul telah mengucapkan selamat hari lahir kepada pemuda berkenaan dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Dia juga mengakui sangat gembira kerana mengenali anak kepada aktres hebat itu serta mengucapkan terima kasih kerana menjaga dengan baik anak perempuannya, Ayu.

alt

Menjengah ke ruangan komen, Maria Farida juga sempat menulis yang anaknya sangat beruntung mempunyai teman wanita seperti Ayu dan ‘ibu mertua’ seperti Nourul.

Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Nourul, ramai yang mendoakan agar anak-anak mereka segera disatukan dan gembira mendengar perkhabaran ini.

Penyanyi itu juga dilihat turut membalas beberapa komen daripada warganet dengan mengaminkan doa-doa mereka serta mengucapkan terima kasih diatas kata-kata positif.

alt

alt

alt

: Instagram Nourul Depp, Maria Farida

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts