by Oh! Semput
Anduril dan Qualcomm melancarkan BlueChip yang merupakan inisiatif untuk membangunkan semula industri pembuatan komputer di Amerika Syarikat. Produk pertama BlueChip ialah sebuah komputer riba tahan lasak yang dikuasakan oleh cip Snapdragon X Series.

Komputer riba mempunyai tubuh logam dan mempunyai bahagian untuk tali membolehkan ia disandang ketika berada di kawasan operasi. Pengasas Anduril, Palmey Luckey mengatakan komputer riba yang diperlihatkan adakah sekadar model prototaip asas dengan ia boleh menyokong aksesori seperti panel solar dan juga antena pada bahagian penutup bagi tujuan komunikasi di lapangan.

BlueChip menyasarkan penggunaan produk mereka oleh kerajaan, sektor pertahanan, pasukan kecemasan dan industri kritikal yang lain. Kesemua teknologi dan komponen yang digunakan adalah buatan dalam Amerika Syarikat sepenuhnya. Selain itu komputer riba juga dikilangkan di dalam Amerika Syarikat bagi menyokong rantaian bekalan tempatan.
Strategi jangka panjang BlueChip ialah mneningkatkan sumber komponen domestik, mengurangkan kebergantungan kepada pembekal asing dan mewujudkan rantaian bekalan komputer yang sepenuhnya berpangkalan di Amerika. Komputer akan mula dijual 2027 tetapi spesifikasi penuh serta harga jualan belum lagi diumumkan.