Polis Akan Panggil Pencipta Kandungan Masuk Rumah Zalina Azman, Siasatan Kehilangan Masih Diteruskan

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 27 Oct 2026 06:32:28

Polis akan memanggil pencipta kandungan yang memasuki kediaman bekas personaliti televisyen, Zalina Azman, bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya memasuki rumah berkenaan dan berkongsi kandungan tersebut di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya akan memanggil individu terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Advertisement

“Namun, pihak polis akan meneliti perkara itu terlebih dahulu bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil,” katanya kepada Harian Metro.

Polis Masih Siasat Kehilangan Zalina Azman

Dalam perkembangan sama, Sarudin berkata siasatan berkaitan kehilangan Zalina masih diteruskan, namun setakat ini belum ada petunjuk kukuh yang membolehkan tindakan lanjut diambil.

f

“Polis sudah mengambil tindakan terhadap setiap maklumat dan petunjuk baharu yang diterima.”

“Namun setakat ini masih belum ada petunjuk kukuh berhubung kehilangan wanita itu,” katanya.

Menurut beliau, polis turut membuat semakan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen, namun belum memperoleh perkembangan baharu berhubung kehilangan wanita berkenaan.

Rumah Zalina Azman Diceroboh?

Mengulas dakwaan kediaman Zalina diceroboh, Sarudin berkata keadaan rumah menunjukkan terdapat individu yang pernah memasuki kediaman tersebut sebelum ini.

Berdasarkan semakan polis, empat unit pendingin hawa di rumah berkenaan didapati dipecahkan, manakala batang paip sinki turut dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, rondaan berkala di kawasan kediaman tersebut masih dilaksanakan oleh Balai Polis Seksyen 6.

YouTuber Dakwa Ada Petunjuk Baru Kehilangan Zalina Azmana?

Terdahulu, tular perkongsian seorang pencipta kandungan yang mengunjungi kediaman Zalina bagi meninjau rumah berkenaan susulan misteri kehilangannya sejak November 2021.

Terbaharu, individu berkenaan, Shukri, berkongsi perkembangan hasil kunjungannya apabila mendapati bilik di tingkat atas yang sebelum ini berkunci ketika lawatan pertama sudah terbuka dan boleh dimasuki.

BIlik Terkunci Rapat Kini Terbuka, Lelaki Dakwa Ada ‘Petunjuk’ Baru Dalam Kes Kehilangan Zalina Azman

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, pelbagai barangan dipercayai milik Zalina masih berada di dalam rumah itu, termasuk wang syiling rupiah, buku bank, pakaian, barangan mandian dan beberapa barangan peribadi lain.

Bagaimanapun, keadaan rumah berkenaan kelihatan berselerak, manakala beberapa peralatan elektrik seperti pendingin hawa dilihat sudah ditanggalkan.

Zalina Masih Dikategorikan Sebagai Orang Hilang

Sebelum ini, Zalina dilaporkan gagal dihubungi sejak 24 November 2021 selepas anaknya, Mikhael Norman, cuba menghubunginya untuk memaklumkan bahawa bapanya dimasukkan ke hospital.

Sehingga kini, kehilangan Zalina masih menjadi misteri dan polis mengekalkan statusnya sebagai Orang Hilang (OH) kerana tiada bukti sahih menunjukkan wanita itu meninggal dunia atau meninggalkan negara.

Kes berkenaan kekal terbuka sementara polis meneruskan siasatan serta membuat semakan terhadap sebarang maklumat dan petunjuk baharu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-10-26 11:58:56

BIlik Terkunci Rapat Kini Terbuka, Lelaki Dakwa Ada 'Petunjuk' Baru Dalam Kes Kehilangan Zalina Azman

Polis Akan Panggil Pencipta Kandungan Masuk Rumah Zalina Azman, Siasatan Kehilangan Masih Diteruskan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts