Xbox Meminta $800 Juta Daripada Netflix Untuk Hak Adaptasi Perfileman IP Permainan Mereka

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 26 Oct 2026 07:00:44

Pembayaran untuk hak adaptasi sesebuah IP kreatif bukanlah sesuatu yang baru. Netflix, syarikat penstriman video terkemuka dilihat telah melesenkan tajuk-tajuk popular seperti One Piece, Avatar, League of Legends dan sebagainya telah membayar pemilik IP-IP tersebut untuk hak adaptasi mereka tersendiri.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa Netflix telah menawarkan sebanyak $600 juta untuk hak adaptasi perfileman IP permainan komputer milik syarikat permainan video Xbox. Sebagai tawaran balas, Xbox telah meminta $800 juta untuk hak adaptasi tersebut, tetapi telah dianggap terlalu mahal oleh Netflix.

Tawaran awal Netflix tersebut dilaporkan hadir melalui Bela Bajaria, Ketua Pegawai Kandungan (CCO) yang baru-baru ini telah mennggalkan syarikat tersebut, dan digantikan oleh Peter Rice, yang juga baru sahaja meninggalkan Disney dan Fox.

Menariknya, Netflix dan Xbox sudahpun mempunyai tiga IP permainan yang akan diadaptasikan kepada siri animasi dan filem, termasuklah Minecraft, Diablo dan juga Gears of War. Ia juga dilaporkan bahawa kedua-dua syarikat masih lagi boleh berbincang untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk hak adaptasi perfileman tersebut.

: Puck

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts