by Oh! Semput
Seorang individu tampil mencuri perhatian di Threads selepas berkongsi satu momen penyanyi Hael Husaini bersama bintang Korea Selatan, Junho yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Individu itu memuat naik rakaman Hael ketika berada di sebuah acara bersama Junho sambil berseloroh mengenai satu ucapan yang didakwa disebut oleh penyanyi dan pelakon berkenaan.
“Any lip reader kat sini? Ke aku dah boleh jadi lip reader? Aku tgok Junho ckp ‘Your wife’ hmm..” tulisnya.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian pengguna Threads apabila ada yang mula mempersoalkan maksud ucapan tersebut.
Di ruangan komen, seorang pengguna bertanya mengapa perkara berkenaan masih menjadi tanda tanya dan berharap segala urusan mereka dipermudahkan.

“Ermm sampai skrng masih tertanya tanya kenapa tak terus terang jer… semoga kekal hingga ke akhir hayat,” komen pengguna tersebut.
Individu itu kemudian membalas komen berkenaan dengan meminta orang ramai menghormati keputusan dan kehendak pihak terbabit.
“Apa2 pun.. kita hormat keputusan dan kehendak mereka..,” jawabnya.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang secara terus mempersoalkan perkara berkenaan.
“tapi kalau dah kahwin kenapa dirahsiakan ye?” tulis seorang pengguna.
Komen tersebut turut menerima reaksi daripada pengguna lain yang sekadar berseloroh mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, hantaran itu tidak menjelaskan secara lanjut mengenai maksud sebenar ucapan “your wife” yang didengarinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“My Wife..” – Momen Hael Husaini Perkenal Dayang Nurfaizah Kepada Artis Korea Undang Spekulasi Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.