“Bukan Mudah Untuk Buat Keputusan Ini” – Haqiem Rusli Maklum Kini Bergerak Solo

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 24 Oct 2026 16:31:01

Selepas sedekad membina nama dalam industri muzik bersama FMC Music, penyanyi dan komposer Haqiem Rusli akhirnya mengambil keputusan untuk bergerak secara bebas di bawah syarikat pengurusannya sendiri, Haqiem Rusli Entertainment.

Haqiem, 28, berkata keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah memandangkan dia sudah mempunyai hubungan rapat dengan pihak pengurusan serta seluruh tenaga kerja syarikat rakaman berkenaan.

Advertisement

Haqiem Rusli Kini Bergerak Solo?

Bagaimanapun, pelantun lagu Lembah Kesepian itu merasakan sudah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baharu selain menikmati kebebasan lebih luas dalam menentukan hala tuju kerjaya seninya.

Bukan mudah untuk buat keputusan ini kerana saya memang sayang FMC dan sudah rapat dengan seluruh tenaga kerja di sana. Namun, atas nasihat rakan-rakan, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencuba bergerak sendiri dan membuat keputusan sendiri,” katanya.

Haqiem Rusli Lancar Projek Pertama Secara Sendiri

Haqiem berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Katamu Sekejap, yang juga menjadi projek sulungnya selepas bergerak secara bebas sejak lebih sebulan lalu.

Dalam masa sama, penyanyi itu turut merakamkan penghargaan kepada FMC Music yang banyak membantunya sejak awal pembabitan dalam industri hiburan.

“Projek lagu Katamu Sekejap ini adalah projek pertama saya secara independent. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada FMC Music kerana selama 10 tahun mereka menguruskan kerjaya dan membantu saya dari awal kemunculan sehinggalah ke hari ini,” ujarnya.

Isteri Haqiem Rusli Kini

Menariknya, Haqiem mendedahkan isterinya, Anis Sofea kini memainkan peranan penting sebagai penasihat utama dalam pengurusan kerjaya dan perniagaannya.

Malah, dia mengakui amat mengagumi pemikiran kritis isterinya yang banyak membantu dalam membuat keputusan penting.

“Isteri saya banyak menolong dan memberi nasihat terutamanya dari segi decision making (membuat keputusan). Pemikiran kritikalnya sangat saya puji.”

“Kalau sebelum ini semuanya diuruskan oleh FMC, kini isteri lah penasihat terdekat yang banyak membantu saya untuk bergerak sendiri,” katanya.

Sementara itu, single Katamu Sekejap merupakan hasil kolaborasi Haqiem bersama penerbit drama Jaja Ishak dan dipilih sebagai lagu runut bunyi drama Sepenuh Hari Rindu.

Drama bersiri 20 episod tersebut dijadualkan bersiaran mulai 27 Oktober ini menerusi slot Samarinda di TV3, menampilkan Farah Nabilah, Shahz Jaszle, Razzuan Rosli, Syafie Naswip dan Raja Azmi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawh.

jbjk
2026-10-24 15:13:49

Cik B Terima Berita Duka Pada Hari Jadi DSV, Bapa Meninggal Dunia

“Bukan Mudah Untuk Buat Keputusan Ini” – Haqiem Rusli Maklum Kini Bergerak Solo first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts