by Oh! Semput
Pempengaruh media sosial, Cik B berkongsi berita duka apabila bapanya, Mohd Amin Yasin, meninggal dunia pada Sabtu.
Menerusi hantaran di Threads, Cik B berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila menerima berita tersebut, lebih-lebih lagi pemergian bapanya berlaku pada hari ulang tahun kelahiran ibunya, usahawan Datuk Seri Vida (DSV).

“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga CikB dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa.”
“Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kebahagian, tapi saya dalam kesedihan. Al-fatihah,” tulisnya.
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen turut berkongsi berita sedih berkenaan pemergian bapanya menerusi Instastory di Instagram.
Perkongsian tersebut dibuat pada hari yang sama dengan ulang tahun kelahiran ibunya.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai punca atau keadaan di sebalik pemergian arwah Mohd Amin Yasin.
Cik B hanya memaklumkan berita pemergian bapanya dan meluahkan kesedihan yang dirasainya pada hari berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Cik B Terima Berita Duka Pada Hari Jadi DSV, Bapa Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.