by Oh! Semput
Elon Musk kini dilaporkan telah melabur sebanyak $1 bilion pada syarikat hiburan, Skydance. Untuk makluman, Skydance adalah nama untuk syarikat gabungan Warner Bros dan Paramount, yang telah berlaku baru-baru ini.

Untuk makluman, pada awalnya Netflix ingin mengambil-alih Warner Bros, tetapi akhirnya pihak Paramount yang berjaya mendapatkan syarikat tersebut. Nama Skydance kini digunakan selepas proses pengambil-alihan ini.
Paramount diterajui oleh David Ellison, iaitu anak kepada pengasas Oracle, Larry Ellison. Sebelum ini, Larry Ellison pernah melabur $1 bilion pada Elon Musk dalam membantu pengambil-alihan Twitter pada 2022, selain turut melabur pada Tesla. Mungkin pelaburan Elon Musk pada Skydance ini dilihat lebih kepada membalas kembali bantuan yang telah diberikan sebelum ini oleh ayah David Ellison.