Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 11:00:11

OPPO hari ini secara rasminya melancarkan Siri OPPO Find X10, flagship terbaharu mereka yang dilancarkan untuk pasaran global, termasuklah Malaysia.

Menampilkan Find X10 dan Find X10 Pro Max., OPPO menekankan pengalaman fotografi yang lebih semula jadi serta pelbagai peningkatan premium merentasi kamera, prestasi dan kecerdasan buatan (AI).

Model utamanya, OPPO Find X10 Pro Max, hadir dengan sistem kamera belakang tiga sensor 200MP yang merangkumi kamera ultra lebar, kamera utama dan telefoto.

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999
Find X10 Pro Max dengan Sistem Kamera Tiga 200MP Hasselblad membawakan resolusi 200MP pada kesemua tiga kamera belakangnya.

Sementara itu, OPPO Find X10 menawarkan konfigurasi dua kamera 200MP.

Kedua-dua model dibangunkan bersama jenama kamera terkenal Hasselblad dan menggunakan teknologi baharu LUMO True Image Engine bagi menghasilkan warna, pencahayaan dan perincian imej yang lebih realistik.

Bagi rakaman video, siri ini menyokong rakaman 4K 60fps pada semua kamera belakang, selain menawarkan mod 4K 120fps dan 8K 30fps untuk pengguna profesional.

Malah, OPPO turut bekerjasama dengan Blackmagic Design dan Meta untuk memperkasakan lagi aliran kerja pencipta kandungan menerusi peranti terbaru ini.

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999 Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999

Dari segi paparan, peranti ini dilengkapi skrin LTPO 144Hz dengan tahap kecerahan puncak sehingga 3,600 nits serta sokongan Dolby Vision.

Prestasinya pula dipacu cip MediaTek Dimensity 9600M bagi Find X10 dan MediaTek Dimensity 9600 Pro berasaskan proses 2nm untuk Find X10 Pro Max.

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999 Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999 Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga  Bermula RM4,999

Siri OPPO Find X10 ini mula tersedia untuk pra pesanan di Malaysia bermula hari ini pada harga RM4,999 bagi OPPO Find X10 dan bagi versiĀ  OPPO Find X10 Max pula berharga RM6,999.

WhatsApp Image 2026-10-22 at 17.06.05 WhatsApp Image 2026-10-22 at 17.06.06

Bei barisan model telefon pintar OPPO terkini dari stor rasmi:

{suggest}

Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts