Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Menyerbu 19 Lokasi Di Sekitar Janda Baik Dan Berjaya Tahan 65 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 21 Oct 2026 20:00:36

BENTONG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 19 lokasi sekitar Janda Baik dan menahan 65 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi Mega Bersepadu, pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli berkata operasi bermula 10 pagi meliputi Kampung Cemeruh, Ceringin dan Sumsum itu dijalankan susulan aduan penduduk dan laporan media mengenai kebanjiran warga asing di kawasan peranginan tersebut.

"Hasil daripada serbuan ke atas 19 lokasi merangkumi resort, kebun dan tapak pembinaan, sebanyak 278 warga asing telah diperiksa dan 65 daripadanya ditahan atas sebab munasabah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 54 tahun itu akan dibawa ke Depot Kemayan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, menggunakan dokumen perjalanan palsu dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

Lokman Effendi berkata operasi bersepadu itu melibatkan 150 anggota daripada JIM Pahang, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Putrajaya, selain  kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negata (JPN).

Dalam serbuan itu, beliau berkata JIM turut mengeluarkan notis saman kepada dua warga tempatan iaitu pemilik resort dan pemilik kebun untuk hadir memberi keterangan kerana disyaki melindungi warga asing.

"Kita berharap agar rakyat Malaysia lebih berjiwa patriotik dan tidak menyewakan tanah atau premis perniagaan kepada warga asing kerana kebanjiran mereka berpunca daripada wujudnya penawaran dan permintaan," katanya.

Mengulas mengenai penguatkuasaan di seluruh negara, beliau memaklumkan JIM telah melaksanakan lebih 11,000 operasi bermula 1 Jan lepas hingga semalam.

Lokman Effendi berkata dalam tempoh berkenaan, hampir 150,000 warga asing diperiksa, 41,000 ditahan, manakala lebih 45,000 lagi telah dihantar pulang ke negara asal. #AstroAwani

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts