AEON Bank Perkenalkan Ciri AI Baharu Untuk Analisis Tabiat Kewangan Pengguna – Financial Purr-Sona

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 26 Oct 2026 07:00:42

Mengurus kewangan harian bukan sekadar menyemak baki akaun atau melihat rekod transaksi. Bagi membantu pengguna memahami corak perbelanjaan dengan lebih baik, AEON Bank memperkenalkan Financial Purr-Sona melalui Neko Sensei iaitu pembantu kewangan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam aplikasi perbankannya.

Ciri tersebut dibangunkan untuk membantu pengguna memahami tabiat kewangan mereka berdasarkan aktiviti yang dilakukan dalam aplikasi. Menerusi Financial Purr-Sona, Neko Sensei akan menganalisis aspek seperti simpanan, perbelanjaan, perancangan kewangan dan pembayaran sebelum menentukan profil yang paling sesuai dengan corak penggunaan seseorang pengguna.

Sebagai contoh, pengguna yang gemar menyimpan wang mungkin diberikan profil Tauke Tabung, manakala mereka yang lebih menekankan perancangan kewangan boleh menerima profil Planner Pro Max. Pada masa yang sama, pengguna yang berbelanja secara berhemah berkemungkinan dipadankan dengan profil Boss Anti-Bazir, sementara itu mereka yang sentiasa memastikan komitmen kewangan dan bayaran dibuat tepat pada masanya boleh menerima profil Hutang Slayer.

AEON Bank berkata profil ini tidak ditetapkan secara kekal sebaliknya boleh berubah mengikut corak penggunaan aplikasi serta tabiat kewangan semasa pengguna. AEON Bank juga menyediakan ciri Level-up yang membolehkan pengguna mendapatkan panduan pengurusan kewangan menerusi Neko Sensei. Pengguna juga boleh menyertai Neko Missions untuk mengumpul Neko Paws melalui pelbagai aktiviti dalam aplikasi sebelum menebusnya dengan ganjaran seperti baucar yang ditawarkan oleh rakan kerjasama terpilih.

: Media OutReach Newswire

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts