by Oh! Semput
Pelawak dan usahawan Shuib meluahkan penghargaan buat sahabatnya, pelawak serta pengacara Nabil Ahmad yang sentiasa berada di sisinya ketika susah mahupun senang.
Menerusi perkongsian di Threads, Shuib memuat naik tangkap layar panggilan video bersama Nabil dan isterinya yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib menyifatkan Nabil sebagai sahabat yang terus setia menemani perjalanan hidupnya sejak dahulu.
Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada Nabil dan isterinya atas doa yang dititipkan buat dirinya dari Mekah.
“Terima kasih Aji, dari dulu lagi sampailah sekarang sentiasa jadi sahabat yang ada di saat susah senang, suka dan duka.
“Terima kasih atas doa Aji dan isteri dari Mekah,” tulisnya.
Pada masa sama, Shuib turut menitipkan doa agar segala urusan ibadah umrah Nabil sekeluarga dipermudahkan.
Dia turut mendoakan agar Nabil bersama keluarganya diberikan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci serta dikurniakan keselamatan dunia dan akhirat.
“Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga untuk umrah kali ini. Semoga Allah beri kesihatan pada keluarga Aji sepanjang mengerjakan umrah, selamat dunia dan akhirat.
“Sayang Aji dunia akhirat,” luahnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Sayang Aji Dunia Akhirat” – Shuib Sepahtu Hargai Nabil Ahmad, Sentiasa Ada Saat Susah Senang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.