by Oh! Semput
Usahawan Datuk Seri Vida atau DSV mencuri perhatian apabila bersahaja membalas sapaan seorang lelaki dalam bahasa Mandarin ketika menghadiri Anugerah Melodi Terhangat minggu lalu.
Namun, selain perbualan tersebut, reaksi spontan suami kepada pelakon dan pengacara Ain Edruce, Amirul, turut menjadi momen lucu apabila dia kelihatan terkejut ketika menyaksikan pertukaran bahasa itu.
Ketika sedang duduk di majlis berkenaan yang turut dihadirinya bersama Datuk Fazley, DSV disapa seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Budak Terengganu’.
Lelaki itu menegur DSV dalam bahasa Mandarin dan bertanya sama ada usahawan berkenaan masih mengingatinya. Dia turut merujuk pertemuan mereka ketika Talk To My Manager.
DSV kemudian menyatakan bahawa dia masih ingat sebelum bertanya apa yang dilakukan lelaki tersebut di majlis itu.
Perbualan ringkas mereka berlangsung secara bersahaja, dengan DSV membalas sapaan lelaki berkenaan dalam bahasa Mandarin.
Meninjau ruangan komen, beberapa pengguna turut memberi perhatian kepada ekspresi Amirul ketika DSV berbual dalam bahasa Mandarin. Ada yang berkongsi semula tangkap layar wajahnya sebagai reaksi terhadap perbualan tersebut.
Malah, akaun yang memuat naik video itu turut meninggalkan komen berseloroh mengenai wajah suami Ain Edruce.
“Ha Ha… Muka subtitle suami Ain..”
Seorang pengguna pula menyamakan gelagat Amirul dengan seorang kanak-kanak yang sedang melihat perbualan orang dewasa.
“hahahah mcm budak kecik tgh tgk makcik2 sembang
SUMBER ASAL
![]()
Leave a Comment:
Related News