Anggota Polis Guna Facebook Hina PM & TPM

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 02:01:25

Seorang lelaki dipercayai anggota polis dianggap biadap apabila memuat naik status dan gambar yang berbaur menghina Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Nik Azmi Nik Mustapha memuat naik gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Selasa lalu.

Terdapat kapsyen pada gambar tersebut iaitu,”Takkanlah Yang DiPertuan Agung Sultan Muhammad V boleh tersalah buka pintu kot? Agong pun menyampah tengok wajah PM & Timbalan PM.

“Pas tu Umno rp yang ‘angguk2 pokko najib’ masih berangan nak tawan kerusi Parlimen RP pada PRU ni?? Ibarat seperti buat LAWAK ANTARABANGSA,” tulisnya.

Perkongsian Nik Azmi mendapat kritikan netizen dan rata-ratanya mahukan individu tersebut di tahan kerana meluahkan kata-kata berbaur penghinaan.

“Jika benar adalah satu kesalahan salah laku penjawat awam kerana penjawat awam menanda tangan akujanji melaksanaka amanah diantaranya tidak boleh menjatuhkan maruah penjawat awam yang lain dimana akan menjatuhkan reputasi perkhidmatan sebagai penjawat awam.

“Ini berkaitan pula diantara penjawat awam dengan ketua negara dan pemimpin negara yg tertakluk di bawah YDPA,” tulis Sulam Bin Anuar Lam.

“Sengaja cari penyakit, bila kena tindakan disiplin kang cakap ni semua salah Najib,” tulis Oan Skema pula.

Bagaimanapun, perkongsian status tersebut sudah dipadamkan kerana mungkin bimbang dikenakan tindakan. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts