Anthropic Dalam Perbincangan Bersama Meta Untuk Menyewa Kuasa Perkomputeran Untuk AI

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 19 Jul 2026 17:03:58

Meta sedia dikatakan sedang dalam perancangan untuk hadir dengan perniagaan memfokuskan perkomputeran awan dan sewaan pusat data kepada pihak ketiga. Berkemungkinan besar, Anthropic akan menjadi pelanggan pertama Meta untuk tujuan berkenaan.

Menurut laporan, Anthropic dikatakan dalam perbincangan awal bersama Meta untuk menyewa kuasa perkomputeran Meta bagi tujuan kecerdasan buatan. Untuk makluman, Meta sedia melakukan pelaburan tinggi dalam pembangunan pusat data, namun Meta AI mereka masih tidak mempunyai angka pengguna yang tinggi. Sebagai alternatif, mereka melihat untuk menyewa ia kepada pihak ketiga, dan menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Mengikut laporan, sekiranya kerjasama Antrhopci dan Meta ini berhasil, ia dijangka bernilai sekitar $10 bilion.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen berkaitan hal ini. Sekiranya berhasil, ia akan turut memposisikan Meta sebagai pemain dalam arena perkomputeran awan, dan bersaing dengan AWS, Azure, dan juga Google Cloud.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts