Skor AnTuTu Xiaomi 18 Pro Max Melebihi 5 Juta

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 19 Nov 2026 04:00:11

Telefon pintar flagship terbaru  Xiaomi 18 Pro dan  Xiaomi 18 Pro Max akhirnya dilancarkan di Malaysia.

Dipacu cip pemproses Snapdragon® 8 Elite Extreme Gen 6 menjadikan Siri Xiaomi 18 Pro antara telefon pintar pertama di dunia menampilkan cip berprestasi tinggi terbaru ini.

Snapdragon Dual 8 Elites

Malah, Xiaomi tidak mahu menunggu lama untuk menyatakan bahawa peranti terbaru mereka ini adalah yang paling berkuasa ketika ini apabila mencatatkan lebih 5 juta mata dalam skor penanda aras AnTuTu.

Pencapaian ini sekali gus menjadikan Xiaomi 18 Pro Max sebagai telefon pintar Android pertama yang melepasi paras 5 juta dalam AnTuTu.

Skor AnTuTu Xiaomi 18 Pro Max Melebihi 5 Juta

Berdasarkan semakan di laman AnTuTu, model HONOR Magic9 Pro Max adalah telefon pintar Android terpantas setakat bulan Oktober 2026.

Menariknya, HONOR Magic 9 Pro Max yang juga dipacu Snapdragon® 8 Elite Extreme Gen 6 mencatatkan skor AnTuTu 4,532,191.

Ini bermakna, keduduakan telefon Android terpantas bagi bulan November ini nanti akan dihuni oleh Xiaomi 18 Pro Max.

Siri Xiaomi 18 Pro sudah pun tersedia di pasaran Malaysia dengan harga jualan bermula RM4,499.

{produk}

{suggest}

Skor AnTuTu Xiaomi 18 Pro Max Melebihi 5 Juta WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts