Anwar janji galas amanah penuh tawaduk dan tanggungjawab

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 19:30:29

ANWAR Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-10 hari ini berkata beliau akan menggalas amanah itu dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menerusi ciapan ringkas di Twitter menyatakan akan memikul tanggungjawab itu berpandukan kehendak rakyat.

“Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab. Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan,” katanya.

Anwar, 75, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada pukul 5.06 petang.

Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November menyaksikan keputusan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar parti dan gabungan politik mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut pembentukan kerajaan pasca-PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang diterajui PH. – Bernama, 24 November, 2022.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts