PM Anwar buka ruang! Ajak pembangkang bincang solusi tangani krisis tenaga global

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 04 Apr 2026 17:04:28

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau bersedia membuka ruang seluas-luasnya kepada pembangkang serta pihak berkepentingan lain untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian menangani krisis tenaga global yang kini melanda.

Beliau berkata, sebarang teguran atau komentar terhadap pengurusan ekonomi negara, terutama isu kenaikan harga minyak dunia, seharusnya berasaskan ilmu dan fakta, bukannya kritikan kosong.

“Krisis ekonomi bukan di tangan kita walaupun saya lihat kadang-kadang jeritan pembangkang itu canggih. Seluruh dunia digemparkan dengan krisis, bukan sahaja krisis minyak dan gas, krisis ekonomi, bukan sahaja isu Selat Hormuz, tetapi seluruh pengeluaran minyak itu terjejas,” katanya hari ini.
alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri 

alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri 

alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri 

Tambah beliau, kerajaan telah mengambil langkah terbaik untuk menangani krisis ini tanpa mengabaikan bebanan rakyat.

Subsidi untuk petrol RON95, petani, nelayan dan pengangkutan awam kini menelan kos kira-kira RM6 bilion sebulan.

alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri 

Anwar turut menekankan bahawa beberapa negara ASEAN terpaksa melakukan catuan bekalan minyak akibat kekurangan sumber.

“Di sebuah negara ASEAN, 400 stesen minyak ditutup. Renungkan perkara ini, kita ini bukan terkecuali daripada permasalahan ini,” tambahnya.

Artikel lain: Isu harga minyak: Semua nak dipolitikkan! Ada pihak kurang cerdik salahkan kerajaan – PM Anwar

Beliau berkata kerajaan juga telah membatalkan semua lawatan pemimpin dan menteri ke luar negara kerana kos pengangkutan meningkat. Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi cabaran global.

alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri 

Pada 2 April, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk meneliti secara menyeluruh perkembangan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

: BERNAMA

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts