Aplikasi Amil AI Diperkenalkan Untuk Kemudahan Urusan Zakat Di Kedah

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 24 Nov 2026 10:30:40

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memperkenalkan Amil AI iaitu aplikasi pintar yang memudahkan urusan zakat. Dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI), aplikasi ini membantu pengguna mendapatkan maklumat berkaitan pengiraan, pembayaran dan urusan zakat dengan cepat dan mudah.

Antara fungsi yang ditawarkan ialah Amil AI iaitu pembantu maya yang membantu pengguna mendapatkan maklumat dan panduan berkaitan zakat dengan mudah. Aplikasi ini turut dilengkapi dengan ciri Bayan AI yang menyediakan akses kepada koleksi buku serta bahan rujukan LZNK sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan penjelasan dan maklumat berkaitan zakat melalui carian pintar.

Selain itu, i-Serve membolehkan pengguna berhubung terus dengan pegawai LZNK melalui panggilan video untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan. Pengguna juga boleh menyemak rekod pembayaran, status transaksi serta memohon bantuan secara dalam talian. Turut disediakan ialah Peta Interaktif LZNK untuk mencari lokasi kariah dan cawangan berhampiran serta mendapatkan maklumat berkaitan kutipan dan agihan zakat.

Pengguna baharu boleh mendaftar menggunakan alamat e-mel atau log masuk terus melalui akaun Google dan Apple untuk mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Kehadiran Amil AI merupakan satu langkah baharu dalam usaha memudahkan urusan zakat di Kedah. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play Store.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts