Aplikasi WhatsApp Kini Tersedia Di Apple CarPlay

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 08 Apr 2026 04:00:18

WhatsApp kini tampil dengan kemas kini baharu yang membawa pengalaman penggunaan lebih lengkap pada Apple CarPlay.

Melalui WhatsApp untuk CarPlay, pengguna boleh membuat panggilan dan menghantar mesej terus dari paparan dalam kereta dengan lebih mudah dan pantas. Kemas kini ini turut membawa antara muka khusus untuk CarPlay.

Sebelum aplikasi rasmi ini tersedia, sokongan WhatsApp pada CarPlay agak terhad kerana hanya bergantung kepada arahan suara melalui Siri. Kini, pengguna boleh melihat senarai perbualan terkini, sejarah panggilan serta mengakses senarai kenalan terus pada skrin, menjadikan interaksi lebih jelas dan teratur.

WhatsApp untuk CarPlay tersedia kepada pengguna yang mengemas kini WhatsApp ke versi terkini di iPhone. Aplikasi tersebut akan muncul secara automatik pada paparan CarPlay sebaik sahaja peranti disambungkan.

Setelah dikemas kini, pengguna boleh terus mengakses mesej, panggilan dan kenalan kegemaran melalui aplikasi tersebut.

{suggest}

Aplikasi WhatsApp Kini Tersedia Di Apple CarPlay WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts