by Oh! Semput
Selain MacBook Pro 14 M6 dan iMac M6 baharu, Apple turut mengumumkan beberapa ciri baharu pada Apple Creator Studio bagi meningkatkan kemampuan kreativiti pengguna dan pada waktu yang sama memperkenalkan integrasi pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) untuk mempercepatkan aliran kerja.

Final Cut Pro kini lebih berkuasa dengan integrasi MotionVFX terus dalam aplikasi. Ia memberi akses kepada ribuan kesan visual, templat, tajuk, transisi dan alat penyuntingan profesional. Content Hub kini menawarkan video stok, foto dan latar belakang yang boleh digunakan terus daripada aplikasi.
Integrasi lancar dengan Pixelmator Pro, membolehkan imej disunting terus daripada garis masa tanpa perlu mengeksport semula. Pilihan animasi keyframe yang lebih halus, klip boleh dipisahkan daripada storyline utama, dan sokongan 23 bahasa untuk transkripsi automatik baharu turut diperkenalkan.

Selain integrasi dalam FCP, Pixelmator Pro menerima juga menerima ciri “Generate Fill” yang dikuasakan oleh AI. Pengguna boleh memilih kawasan imej dan menerangkan perubahan menggunakan bahasa biasa seperti dalam pelbagai aplikasi AI lain. Kandungan yang dijana boleh diperbesarkan menggunakan Super Resolution dan dimasukkan sebagai lapisan baharu untuk suntingan selanjutnya.

Kecerdasan buatan Apple dan OpenAI kini disokong alam Keynote, Pages dan Numbers. Pembantu maya dalam aplikasi boleh memahami konteks dalam dokumen yang dibuka. Dalam Keynote ia boleh membantu mereka bentuk, melakukan animasi dan menambah baik slaid. Sementara itu dalam Numbers pula, ia membantu melakukan analisis data, mencadangkan carta dan membina jadual secara automatik.
Apple juga menambah sokongan Model Context Protocol (MCP) yang membolehkan agen AI dan alat luaran membaca kandungan, membuat suntingan serta mengautomasikan tindakan dalam Keynote, Pages dan Numbers.
Semua ciri-ciri dia atas akan tersedia sebagai kemas kini percuma kepada pelanggan Apple Creator Studio pada November 202. Apple Creator Studio ditawarkan pada harga RM29.90 sebulan atau RM299 setahun.