Apple Dalam Persiapan Memperkenalkan Mac Mini Baharu Tidak Lama Lagi – Produk Terakhir Dilancarkan Bawah Tim Cook?

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 03:30:57

Apple kini dilaporkan dalam persiapan untuk memperkenalkan komputer desktop kompak mereka, Mac Mini, dalam masa terdekat ini. Mac Mini baharu ini dijangka diperkenalkan dalam beberapa hari lagi, sebelum acara pengenalan iPhone yang dijadualkan pada September kelak.

Apple Mac Mini ini akan menjadi kemaskini yang dinantikan ramai selepas model berkenaan tidak dikemaskini selama dua tahun. Kebelakangan ini, dengan letusan ejen AI, ramai yang mencari Mac Mini dalam menguasakan ejen AI masing-masing secara kendiri di rumah – membawa kepada kekurangan dan kehabisan stok di pasaran.

Kemaskini baharu Mac Mini ini dijangka akan turut hadir dengan sokongan cip pemprosesan terkini. Apple dikatakan telah sedia menguji Mac Mini dengan cip Apple M5 dan juga M6.

Mac Mini juga dijangka akan menjadi produk terakhir yang dilancarkan dibawah pengurusan Tim Cook sebelum CEO Apple baharu mengambil tugasan berkuat-kuasa 1 September kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts