by Oh! Semput
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini bakal lakarkan sejarah tersendiri apabila pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) mengesahkan penyertaan sulung mereka dalam perbarisan rasmi peringkat kebangsaan.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penglibatan seramai 100 anggota JMF berserta aset perkhidmatan berkenaan akan menambah seri perarakan yang dijangka membanjiri pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu
“Penyertaan JMF buat kali pertama ini memaparkan keunikan warisan ketenteraan negara. Kita juga menyediakan kawasan pameran statik aset keselamatan supaya rakyat dapat berinteraksi dan melihat kemudahan ini secara lebih dekat,” kata Fahmi selepas meninjau tapak persiapan.
Beliau menambah, pihak penganjur turut membuat pembaharuan bagi acara tahun ini di mana sebahagian aset ketenteraan dan keselamatan tidak lagi sekadar bergerak di laluan perarakan, sebaliknya dipamerkan secara statik di Monumen Alaf Baru (Dataran Floria) untuk pandangan dekat pengunjung.
Sehingga kini, persiapan fizikal di tapak sambutan telah mencapai 70 peratus dan kerja-kerja penuh dijangka bermula dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran majlis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2026: JMF Buat Penampilan Sulung Di Dataran Putrajaya first appeared on #1 The News Malaysia.