CelcomDigi Perkenalkan Sistem Keselamatan Rangkaian Baharu Untuk Halang Panggilan Scam

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 24 Aug 2026 10:30:52

Keselamatan rangkaian kini semakin mencabar berikutan peningkatan ancaman digital seperti pencerobohan sistem, kecurian data, panggilan penipuan (scam) serta cubaan mencuri maklumat melalui pautan palsu (phishing).

Bagi menangani ancaman ini, CelcomDigi memperkenalkan sistem keselamatan rangkaian baharu dikenali sebagai Voice Firewall. Teknologi ini dibangunkan dalam rangkaian utama dan berfungsi menapis panggilan mencurigakan sebelum pengguna sempat menjawab. Ia turut akan menganalisis corak trafik serta mengenal pasti tanda‑tanda berisiko dengan ketepatan yang boleh dipercayai sekali gus memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna daripada panggilan tidak diingini. Jika panggilan disyaki sebagai penipuan, peranti pengguna akan memaparkan amaran “Disyaki Penipuan (Suspected Scam)”.

Sejak ujian percubaan bermula pada Julai lalu, sistem ini telah mengesan sebanyak 355 juta panggilan mencurigakan, termasuk 217 juta panggilan automatik. Langkah ini membuktikan komitmen mereka dalam melaksanakan inisiatif baharu bagi meningkatkan keselamatan rangkaian seiring dengan keperluan pelanggan untuk komunikasi yang lebih selamat. Usaha ini turut melengkapkan SMS Firewall sedia ada yang menapis mesej berbahaya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts