Apple Memperkenalkan MacBook Pro Dengan Skrin Sentuh – Harga Bermula RM11,999

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 28 Oct 2026 20:30:51

Beberapa hari lepas, Apple mengemaskini MacBook Pro 14-inci dengan pilihan cip M6, dan kini, pada hari ini Apple secara rasminya turut memperkenalkan model baharu MacBook Pro dengan skrin sentuh PROLED XDR. Model yang dinantikan sekian lama ini hadir dengan pilihan dua saiz skrin iaitu 14-inci dan 16-inci.

Dari segi spesifikasi, MacBook Pro (PROLED XDR) ini hadir dengan panel paparan dengan kecerahan sehingga 2000-nits dan tahap kontras bernisbah 10,000,000:1. Pada tahap sebegini, teknologi paparan yang ditawarkan seumpama paparan Studio Display XDR akan tersedia untuk sebuah komputer riba. Komputer riba ini turut mempunyai kadar segar semula 120Hz, fungsi Dynamic Island yang popular pada iPhone kini turut hadir pada Mac dalam memuatkan informasi dan juga kamera Center Stage 12MP, dan dikuasakan cip pemprosesan dengan pilihan Apple M5 Pro atau M5 Max. Pilihan cip M6 tidak tersedia buat masa ini. 

Dengan fungsi skrin sentuh, komputer riba ini dicipta untuk memenuhi kehendak pengguna professional yang inginkan kawalan dihujung jari, terutamanya dalam rekaan model 3D, menyunting video, menggubah lagu dan bermacam bentuk tugasan kreatif lagi. Malah logo Apple pada komputer riba ini juga kembali bercahaya sejak model terakhir dengan ciri seumpamanya sekitar sedekad yang lalu. MacBook Pro (PROLED XDR) ini juga lebih ringan berbanding MacBook Pro sebelum ini, dan mengekalkan penyertaan sokongan Thunderbolt 5, HDMI, kad SDXC, MagSafe dan bicu audio.

MacBook Pro dengan skrin sentuh PROLED XDR Display boleh didapati dalam pelbagai konfigurasi, dengan model 14-inci M5 Pro dijual pada harga bermula RM11,999 manakala model 16-inci M5 Pro dijual pada harga bermula RM14,499. Ia boleh dipra-tempah bermula 30 Oktober, dengan ketersediaan pada 6 November ini. Sekiranya anda menetapkan pilihan cip M5 Max dan memori 128GB serta storan 16TB dan kesemua pilihan lain pada spesifikasi maksimum, harganya boleh mencapai RM64,174.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts