3 Askar Filipina Maut bertempur Dengan Militan

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 11 Dec 2016 08:00:21

MANILA: Tiga tentera Filipina terbunuh manakala 17 yang lain cedera dalam kejadian tembakan hampir dua jam menentang lebih 150 militan Islam di selatan negara itu.

Jurucakap tentera wilayah, Mejar Filemon Tan berkata tentera bersenjata Abu Sayyaf terpaksa berundur selepas pertembungan sengit semalam di pergunungan dekat bandar Patikul di Wilayah Sulu.

Tentera kini sedang giat memburu saki baki kumpulan berkenaan. Menurutnya jumlah tentera militan yang cedera atau terbunuh belum dapat dipastikan.

Menurut Tan, militan yang diketuai oleh komander tangan satu, Radulan Sahiron, sekian lama dikehendaki oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Filipina susulan peranannya yang terbabit dalam penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan jenayah lain.

Khamis lalu, pasukan keselamatan Malaysia membunuh tiga anggota bersenjata Abu Sayyaf dan menahan dua yang lain dalam satu cubaan penculikan yang gagal di Sabah, Malaysia berhampiran selatan Filipina semalam. – AP


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts