3 askar Somalia maut letupan bom kereta

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 17 May 2017 15:01:15

PEGAWAI keselamatan Somalia memeriksa lokasi kejadian serangan bom kereta di Mogadishu. - Foto AFP

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya tiga tentera Somalia terkorban selepas bom kereta meletup ketika mereka cuba mahu mematikan alat peranti itu di ibu negara, di sini, hari ini.

"Kenderaan itu disita dan pasukan keselamatan sedang cuba untuk mematikan bom dalam kereta itu sebelum ia meletup.

"Tiga anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam letupan itu," kata seorang pegawai polis, Ibrahim Mohamed.

Salah seorang daripadanya ialah anggota skuad bom khas, manakala dua lagi ialah tentera biasa.

Insiden pengeboman adalah perkara biasa berlaku di Mogadishu, yang sering dilakukan militan al Shabaab yang bersekutu dengan al-Qaeda dan menyerang sasaran kerajaan, tentera, orang awam dalam perjuangan mereka untuk menggulingkan kerajaan disokong di peringkat antarabangsa.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts