by Oh! Semput
Pempengaruh yang juga menantu kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 26, tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa kekeliruan mengenai status perkahwinannya bersama isteri, Marissa Dania.

Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, peguamnya, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, menjelaskan tiga isu utama bagi menceritakan keadaan sebenar, termasuk berkaitan kesahihan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand.
Ammar memaklumkan bahawa pasangan itu kini telah memperoleh sijil nikah yang sah, sekali gus membolehkan proses pendaftaran seterusnya dilakukan mengikut lunas undang-undang.
Dalam masa sama, Ammar turut menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Aslam dan Marissa sengaja melengah-lengahkan pendaftaran perkahwinan sejak mereka bernikah pada 2023. Beliau menegaskan segala tindakan yang diambil adalah mematuhi prosedur serta garis panduan perundangan yang ditetapkan.

Mengulas keraguan sesetengah pihak terhadap majlis akad nikah yang berlangsung di negara jiran itu, Ammar menegaskan perkahwinan berkenaan sah dari sudut syarak dan tidak perlu dipertikaikan.
Artikel lain: Tiada sijil nikah, Abby Abadi gesa Aslam dikenakan tindakan? – “Buat pihak perempuan saja dipandang hina”
Semalam, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.
Ammar turut memaklumkan bahawa Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah masing-masing pada September 2024 dan Jun 2025. Namun, pasangan itu difahamkan kembali rujuk sebagai suami isteri dalam bulan yang sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.
Sebelum ini, Aslam telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.
Pada Mei tahun lalu pula, Aslam dan Marissa pernah hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Difahamkan ketika itu, Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan tersebut didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga, termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.
: Threads aslambul