by Oh! Semput
Astro bakal melancarkan Astro X3, iaitu pilihan langganan baharu yang membolehkan pengguna menstrim kandungan tanpa memerlukan Astro Box atau pemasangan, dengan ketersediaan bermula 20 Julai 2026.
Melalui Astro X3, pengguna hanya memerlukan sambungan internet dan peranti yang serasi untuk mula menstrim kandungan. Berbeza dengan langganan Astro sedia ada, perkhidmatan ini boleh diaktifkan secara dalam talian tanpa perlu menunggu proses pemasangan atau kehadiran juruteknik, sekali gus membolehkan pengguna mengakses kandungan sejurus selesai mendaftar.

Astro X3 akan ditawarkan pada harga bermula RM39.99 sebulan dan dijadualkan tersedia mulai 20 Julai 2026. Pengguna yang berminat boleh mendaftarkan minat lebih awal melalui laman rasmi Astro untuk menerima pemberitahuan sebaik sahaja perkhidmatan itu dilancarkan.
Walau bagaimanapun, Astro memaklumkan pilihan langganan tanpa kontrak hanya akan diperkenalkan pada Disember 2026. Ini bermakna pelanggan yang melanggan ketika pelancaran pada Julai masih belum mempunyai pilihan tersebut.
{suggest}
Astro X3 Dilancar 20 Julai Ini – Penstriman Tanpa Dekoder, Langganan Bermula RM39.99/Bulan WISER.MY.