Nas-T, Atita Haris Selamat Timang Anak Perempuan

by Oh! Semput


17
SHARES
217
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 03:01:09

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Nas T dan isteri, Atita Haris yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka, semalam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Nas T menerusi laman Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, Nas T meluahkan rasa syukur isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2kg kira-kira jam 12.08 tengahari.

Selain itu, Nas T turut memuat naik gambar bayi comelnya yang dinamakan Nas Taliyah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Januari lalu.

5-nas-t-atitah-haris-pergi-kursus-kahwin-bersama-rotikaya-700x429

Atita yang merupakan model terkenal sebelum ini pernah berkahwin pada 2011 namun berpisah pada 2014.

Hasil perkahwinan terdahulu, Atita mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 tahun yang dikenali sebagai Opie. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts