Azizulhasni Buru Emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC)

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 02 Feb 2017 08:00:44

SEPANG – Pemenang pingat gangsa keirin Olimpik 2016, Azizulhasni Awang percaya dia berada dalam prestasi bagus untuk menambah koleksi pingat emas dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC).

Kejohanan itu akan berlangsung di New Delhi pada 6-7 Februari, dan jaguh keirin No.1 dunia itu percaya sasaran terbaharunya mampu dipenuhi dan dia kini berada pada usia kemuncak prestasi.

“Saya amat teruja melihat peningkatan persembahan saya, yang saya sifatkan sangat berlainan berbanding sebelum ini. Biasanya pada awal musim, kita masih mencari rentak.

“Bagaimanapun kali ini saya rasa lain sebab mungkin faktor umur, yang mana kalau sukan berbasikal usia lewat 20-an dan pertengahan 30-an merupakan kemuncak prestasi.

“Saya turun selaku pelumba keirin No. 1 dunia dan mempunyai pengalaman beraksi dalam Olimpik. Jadi kesemua itu akan menyuntik semangat saya untuk bersaing di ACC kali ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Pelumba kelahiran Terengganu berusia 29 tahun itu kini telah mengumpul tujuh pingat emas sepanjang kariernya dalam ACC, dengan tiga daripadanya menerusi pecut individu pada 2008, 2009 dan 2014; keirin (2007, 2008, 2015) serta pecut berpasukan (2009).

Dalam ACC 2016 di Jepun, Azizul meraih pingat gangsa menerusi keirin dan pecut yang dikuasai oleh pelumba Korea Selatan, Im Chae Bin.

Dalam pada itu, Azizul berkemungkinan mengumumkan penaja baharu apabila pulang dari ACC di India nanti selepas kontrak bersama Yayasan Sime Darby (YSD) berakhir pada Ogos lalu.

“Setakat ini dalam proses akhir. Saya tak boleh umumkan lagi, tunggu kejutan daripada kami. Balik dari ACC nanti kami akan buat sidang akhbar… mungkin 15 atau 16 Februari ini,” katanya.

YSD menaja skuad trek negara termasuk Azizul dan Fatehah Mustapha sejak 2009 hingga 2012 untuk menghadapi Olimpik London dengan penajaan berjumlah RM2 juta.

Walaupun skuad trek negara menamatkan Olimpik London tanpa sebarang pingat, YSD tetap melanjutkan penajaannya hingga O­limpik Rio dengan nilai tajaan RM2.85 juta.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts