“Saya Nak Baiki Kesilapan” – Muka Berbalut, Prince Syed Nafi Buat Pembedahan Plastik

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 23 Oct 2026 13:31:16

“Saya bukan mengubah (bahagian wajah) tapi buat sebab nak perbaiki kesilapan.”

Demikian reaksi Prince Syed, 34, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman ketika menjelaskan video terbaharunya yang seolah-olah memberi bayangan dia menjalani pembedahan plastik.

Bagaimanapun, Prince Syed menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bengkak pada wajahnya dalam video berkenaan sebenarnya merupakan kesan prosedur membuang minyak silikon pada wajah.

Menurutnya, prosedur tersebut dijalankan di sebuah klinik di Negeri Sembilan pada Isnin lalu.

Prince Syed Nafi Buat Pembedahan Plastik Di Wajah

Prince Syed berkata, dia pernah menjalani suntikan filler pada wajah sekitar 2012 dan 2013 selepas terpengaruh dengan rakan ketika bergelar model.

“Saya pernah buat suntikan filler pada wajah sekitar 2012 dan 2013 kerana terpengaruh dengan rakan ketika bergelar model satu ketika dulu.”

“Katanya wajah akan bertambah elok selepas disuntik dan dapat lebih banyak tawaran sebagai model. Jadi saya pun cuba dan memang betul dapat banyak tawaran tapi lama kelamaan, saya sedar wajah tidak lagi tegang malah semakin kendur. Bila naik berat, muka jadi kembang.

“Lama kelamaan, baru saya tahu apa yang disuntik dulu bukan filler tapi minyak silikon dan sebab itu jadi begitu,” katanya kepada Harian Metro.

Prince Syed Dedah Sebab Jalani Pembedahan Di Wajah

Menurut Prince Syed, dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk membuang silikon tersebut namun sebelum ini tidak menemui tempat yang sesuai.

prince syed

“Kecewa juga tapi bila jumpa sebuah klinik, doktor berkenaan boleh bantu buang silikon berkenaan.”

“Ambil masa tiga jam setengah (30 minit) juga untuk buat prosedur itu dan tempoh hari, buat bahagian pipi kanan dengan kiri dulu.ena fokus bahagian itu terlebih dahulu dan kemudian, barulah buat bahagian bawah mata kerana muka tengah bengkak. Lagipun, itu yang disarankan doktor.

“Memang kena buat (mengeluarkan silikon) kerana jika tidak, muka jadi lebih teruk. Cuma ramai ingat saya buat pembedahan plastik selepas muat naik video di TikTok. Hakikatnya tak pun tapi ramai juga tanya nak buat di mana kerana mahu buang silikon,” katanya.

Prince Syed Tahu Hukum Agama, Tak Menyesal Ubah Wajah

Prince Syed berkata, perkongsian mengenai prosedur berkenaan sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai prosedur pengeluaran silikon.

“Setahu saya, hukum mengeluarkan silikon wajib jadi kena ikhtiar untuk buat. Jujurnya tak menyesal dengan apa dilakukan dulu kerana anggap ia sebagai perjalanan hidup dan pembelajaran untuk jadi manusia yang lebih baik,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Advertisement

tun M
2026-10-23 10:19:29

"Nampak Lebih Kemas Dan Sihat" - Rajin Bertegur Sapa Dengan Rakyat, Keadaan Terkini Tun M Buat Ramai Lega

“Saya Nak Baiki Kesilapan” – Muka Berbalut, Prince Syed Nafi Buat Pembedahan Plastik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts