Anak Ning Baizura Lancar Baca Surah Al-Fatihah Meskipun Baru Berusia 3 Tahun

by Oh! Semput


94
SHARES
1218
VIEWS
Posted on 16 Jan 2017 09:00:20

Ibu bapa mana yang tidak terpegun melihat anak kecilnya lancar membaca atau menghafal. Inikan pula bacaan suci ayat-ayat Al-Quran.

Gambar : Instagram Ning Baizura

Ryan Sky Dalton, anak kepada penyanyi terkenal Ning Baizura mencuri tumpuan ramai pabila dilihat begitu lancar dalam membaca surah Al-Fatihah.

Baru-baru ini, Ning telah memuat naik sebuah video di mana merakam anak kecilnya itu sedang belajar bersolat sambil membaca surah Al-Fatihah.

Boleh didengar yang mana Ryan membacanya dengan penuh lantang. Menerusi video itu, Ning menyatakan yang mana anaknya itu sedang mempelajari ilmu agama.

Dalam masa yang sama dia mengaku yang mana dia dan suaminya Omar Shariff Christopher Layton Dayton tidak sempurna tetapi melihat pencapaian anak mereka itu sudah cukup membuatkan mereka berbangga sebagai ibu bapa.

Video tersebut kemudiannya dibanjiri dengan komen-komen positif dari pengikut-pengikut Ning yang majoritinya terpegun melihat aksi dan bacaan anak penyanyi popular ini yang baru berusia tiga tahun itu.

Dilihat menerusi akaun Instagram Ning, keluarga kecil penyanyi ini seakan berada dalam proses mempelajari ilmu agama bersama secara perlahan-lahan. Sejak kebelakangannya ini, Ning dilihat sering memuat naik gambar yang berunsurkan keagamaan.

Ning sempat berterima kasih kepada Umie Aida kerana memperkenalkan seorang ustaz bernama Ustaz Haji Syarifuddin Haji Samdi untuk hadir ke kediamannya dan mengajar ilmu agama.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts