Bakal jemaah umrah tunggu hingga malam ini

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 11:00:20

DATUK Jamal Nasir Rasdi melawat sebahagian jemaah umrah yang terkandas di sebuah hotel di Bandar Baru Nilai, hari ini. – Foto Iqmal Haqim Rosman

BANDAR BARU NILAI: Bakal jemaah umrah yang terkandas di sini akibat masalah syarikat penerbangan, akan menunggu jawapan syarikat pengendali umrah sehingga malam ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Jamal Nasir Rasdi, berkata jemaah akan terus menunggu jika agensi berkenaan dan syarikat penerbangan sewa khas, memberi jaminan mengenai tarikh pemergian ke Tanah Suci.

“Jika tiada kata putus mengenai perkara itu, mereka reda dan akan pulang,” katanya selepas berbincang dengan wakil agensi pengendali umrah yang menguruskan jemaah haji berkenaan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Lebih 200 bakal bakal jemaah umrah yang sepatutnya menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci antara 8 hingga 12 Disember lalu, tidak dapat berbuat demikian apabila pesawat yang sepatutnya membawa mereka dikatakan tidak dapat ke Arab Saudi akibat masalah hak pendaratan.

Mereka yang datang dari beberapa negeri seperti Perak, Johor dan Selangor, kini ditempatkan di tiga buah hotel di sini.

Jamal Nasir berkata, kementerian akan meminta agensi pengendali umrah berkenaan memulangkan sebahagian bayaran kepada bakal jemaah umrah terbabit.

Katanya, masalah itu berpunca akibat kegagalan syarikat penerbangan sewa khas terbabit mendapat hak pendaratan di Arab Saudi terlebih dulu.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts