"Kami tidak seperti calon-calon pembangkang lain di Cameron yang hanya tunjuk muka semasa PRU dan kemudian hilangkan diri. Kami juga bukan seperti calon-calon BN yang fikir PRU ialah waktu untuk berjabat, bersalam, berpeluk, minum teh, main futsal, buat kenduri, hadirkan diri di masjid, tokong, kuil dan gereja untuk dapatkan undi", tambah beliau lagi.
"Waktu PRU ialah waktu untuk membawa isu-isu seperti rakyat, alam sekitar dan pembangunan ke tengah meja perbincangan. Isu-isu seperti kesesakan lalulintas di Kea Farm, hutan yang semakin hilang di Blue Valley, banjir kilat di Brinchang, pegerai dipaksa pindah di Kea Farm, pelebaran sungai di Ringlet, petani kecil tanpa hakmilik tanah di Kg Raja, tidak upaya beli rumah murah di Tanah Rata dll. Inilah yang cuba dibawa oleh PSM Cameron, satu budaya politik yang mungkin baru tetapi yang sangat diperlukan oleh rakyat di taktala keadaan negara sekarang", kata kenyataan beliau itu.
Menurut sumber, besar kemungkinan nama Suresh sendiri akan diangkat sebagai calon PSM bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan apakah ada kompromi antara PSM dengan Pakatan Harapan tentang perkembangan ini. #pdonews