BN Bakal Letak Calon MCA Bagi Kerusi Parlimen Gelang Patah

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 07 May 2017 06:00:35

BN Bakal

Barisan Nasional Johor bersetuju meletakkan calon MCA bagi kerusi Parlimen Gelang Patah yang disandang oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata calon itu, bagaimanapun, akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan BN pusat.

“BN Johor akan meletakkan calon di semua tempat…tidak akan ada yang terlepas termasuk Gelang Patah yang kita telah bersetuju letakkan calon MCA,” katanya, yang juga Pengerusi UMNO Johor, pada sidang media selepas mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Kit Siang dalam satu ceramah di sini malam tadi bahawa beliau akan mempertahankan kerusinya pada PRU-14.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau (Lim Kit Siang),” katanya sebagai merujuk kepada keputusan pemimpin veteran parti pembangkang itu.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts