IQOO 16 Dan IQOO 16s Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 8 Disember 2026

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 25 Nov 2026 10:30:33

IQOO mengesahkan bahawa iQOO 16 dan iQOO 16s akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 8 Disember 2026. Kedua-dua model ini memfokuskan gabungan prestasi, paparan dan kapasiti bateri yang berbeza mengikut keperluan pengguna.

Dari segi rekaan, iQOO 16 hadir dengan kemasan Matrix serta modul kamera belakang baharu bercorak geometri. Peranti ini dijana cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dipadankan dengan cip Supercomputing Q4 untuk meningkatkan prestasi pemprosesan dan grafik termasuk sokongan Full-Scene Ray Tracing bagi pengalaman permua yang lebih realistik. Ia turut menggunakan skrin Samsung M16 2K dengan kadar segar semula 165Hz serta kecerahan puncak sehingga 10,000 nits.

Sementara itu, IQOO 16s pula akan dijana cip Snapdragon 8s Gen 4 dan dilengkapi bateri BlueVolt 7,650mAh. Ia turut menggunakan skrin AMOLED 6.59 inci beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, sokongan paparan 1.07 bilion warna serta kecerahan puncak sehingga 5,000 nits.

Bagi yang berminat, iQOO kini membuka tempahan awal bagi siri ini sehingga 7 Disember 2026 dengan bayaran serendah RM1. Tempahan awal turut menawarkan pelbagai ganjaran termasuk peluang memenangi sebuah iQOO 16, kredit petrol PETRONAS bernilai RM50, diskaun ahli RM200 dan tawaran eksklusif lain. Maklumat mengenai harga dan ketersediaan akan diumumkan semasa pelancaran rasmi di Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts