Seramai 11 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Di Hospital, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang Bangunkan `Dashboard Calon Hospital’

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 23 Nov 2026 16:30:43

MARAN: Biarpun terpaksa menjalani rawatan di hospital, seramai 11 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Pahang tetap menduduki peperiksaan menerusi penyediaan kemudahan dan pengurusan khas oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Kesemua mereka menduduki peperiksaan itu di Hospital Lipis; Hospital Bera; Hospital Temerloh serta Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan KMC.

Pengarah JPN Pahang, Datuk Ahmad Zamri Md Isa berkata, JPN Pahang memperkenalkan inovasi Dashboard Calon Hospital yang membolehkan status calon dilaporkan secara terus oleh Setiausaha Peperiksaan sekolah.

Aplikasi tersebut, menurutnya, digunakan bagi memastikan pengurusan calon berkenaan lebih pantas serta cekap, dan merupakan sistem yang dikelolakan oleh jabatan itu sendiri.

“Menerusi sistem itu, maklumat calon dijana secara automatik berdasarkan Borang Calon Hospital yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan sebelum boleh diakses serta-merta oleh Lembaga Peperiksaan, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan negeri serta daerah, Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas.

“Inovasi ini membolehkan penyelarasan keperluan calon yang sedang menerima rawatan di hospital dilakukan dengan lebih sistematik tanpa menjejaskan kelancaran peperiksaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, menurut beliau, JPN Pahang turut menerima 180 permohonan keperluan khas bagi peperiksaan SPM tahun ini, membabitkan 91 calon berkeperluan pendidikan khas dan 89 calon berkeperluan khas.

Untuk rekod, seramai 21,640 calon di Pahang mula menduduki peperiksaan SPM 2026 yang berlangsung selama hampir sebulan bermula hari ini hingga 17 Disember depan. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts