UiTM Bangunkan Taman Permainan Inklusif Berasaskan AR Untuk Kanak-kanak Autisme Di Cameron Highlands

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 06 Apr 2026 04:00:21

UiTM Perak melalui kumpulan penyelidik Collaborative Research for Sustainable Transformation (SIG: CREST)  telah melancarkan projek i-PLAYS (Interactive Playscape with Augmented Reality for Autism Space) di Cameron Highlands.

Inisiatif ini bertujuan memperkasakan komuniti autisme dengan menggabungkan teknologi AR, seni bina inklusif, dan reka bentuk mesra sensori.

Projek ini turut menyokong matlamat Sustainable Development Goals (SDG 3: Kesejahteraan Mental, SDG 10: Pengurangan Ketidaksamaan, dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan).

Pelaksanaan projek di tapak turut dijayakan oleh Unit Kesukarelawanan BRIDGED UiTM Shah Alam. Seramai lapan orang pelajar sukarelawan telah terlibat dalam kerja-kerja teknikal termasuk penghasilan mural dan pemasangan elemen sensori,

Antara komponen utama i-PLAYS ialah mural berasaskan psikologi warna untuk membantu kanak-kanak mengenal emosi, animasi AR interaktif dengan bunyi, serta ruang seni bina yang tenang, selamat, dan bersih.

Projek ini dibiayai oleh MGB Construction Sdn. Bhd. dengan geran RM90,000, dan mendapat sokongan sukarelawan pelajar UiTM Shah Alam melalui Unit BRIDGED.

Selain menjadi ruang terapi, i-PLAYS menjadikan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan inklusif berteraskan Universal Design.

{suggest}

UiTM Bangunkan Taman Permainan Inklusif Berasaskan AR Untuk Kanak-kanak Autisme Di Cameron Highlands WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts